Dia yang tak berdosa…

15 04 2010


Dia yang tak berdosa..
Kau jadikan mangsa..
Akibat malu punya angkara..
Menutup aib terpalit di muka..

Dia yang tak berdosa..
Lahir dari nafsu durjana ibu bapanya..
Empunya akal cetek tak berharga..
Iman dicampak merata..
Agama hanya pada nama..

Apakah nyawanya tiada berharga..?
Tiada kesempatan melihat dunia..
Dunia indah ciptaan Tuhan..
Dikotori manusia tak berkesudahan..

Dia yang tak berdosa..
Kau campak merata..
Di longkang,tong sampah,tepi masjid,juga hutan belantara,
Di hurung semut juga serangga,
Di bakar bagai sampah tak berharga,
Aduh!kejamnya manusia..

Zaman jahiliah kembali lagi,
Tapi kini dasyatnya tak terperi..
Anak perempuan juga lelaki,
Menjadi mangsa si ibu sendiri.

Dia yang tak berdosa,
Bakal menjadi saksi engkau DI SANA,
Mengheret engkau ke pintu neraka,
Selagi taubat kau tak menghalangnya..





Lupa

29 03 2010

“eh kat mana lak aku letak kunci rumah tadi..? rasanya dah ambik..” atau “alamak,tadi singgah kedai ingat nak beli tepung,lupa pulak,dah sampai umah baru ingat..” ini adalah satu senario yang biasa terjadi dalam kehidupan seharian.. banyak lagi contoh-contoh penyakit lupa yang sering terjadi,bahkan kadangkala melibatkan perkara-perkara yang besar.. lazimnya ,penyakit lupa dialami oleh golongan yang sudah berumur,tetapi kini golongan muda juga sering mengalami masalah ini..faktor ini mungkin disebabkan pemakanan,persekitaran atau gaya hidup yang kurang sihat.

Lupa berlaku kemungkinan kerana terlalu banyak aktiviti yang sedang berlaku pada otak kita dalam satu masa. Lebih tepat lagi,jika kita berfikir terlalu banyak perkara hingga gagal untuk kekal fokus pada hal yang sedang berlaku. Kajian yang dilakukan oleh The National Institute of Aging di Amerika mendapati bahawa kemampuan otak (brainpower) mampu dipertingkatkan selaras dengan aktiviti mental di kalangan warga emas. Proses penuaan tidak bermakna kita akan kehilangan keupayaan mental secara automatik malah beberapa kajian menunjukkan kebanyakan individu akan mula mengalami penyusutan secara dramatik setelah usia melebihi 70 tahun. Walaupun simpanan memori mengalami penyusutan, tetapi keupayaan berfikir akan kekal.

Walaupun begitu ,satu hal yang sering kita lupakan ialah membantu otak kita bersenam. Selain tubuh,otak juga perlu bersenam kerana melaluinya kita dapat mempertahankan keupayaannya untuk jangka masa lebih panjang.mungkin lebih dari usia 70 tahun.
Jadi apa kata kita cuba beberapa aktiviti kecergasan otak berikut :

Aktiviti
-Lakukan aktiviti silang kata, bermain susun perkataan,atau bermain mainan minda seperti SAHIBA,SUDOKU, dan sebagainya.
-Aktiviti senaman secara fizikal (dilakukan secara konsisten 20 minit setiap hari)
-Menggunakan kemahiran pemikiran kreatif (creative thinking) untuk menulis jurnal ,blog atau mereka sesuatu seperti membuat arca , melukis atau melakukan sulaman tangan.

Kesemua aktiviti tersebut mampu membantu menguatkan sinapsis dia antara sel otak di bahagian transimi memori,juga membantu mempertingkatkan keupayaan mental dan daya fikir.

Beberapa latihan ekstra untuk uji minda anda .
# Mulakan dengan latihan aktiviti rutin harian anda. Berus gigi dengan menggunakan tangan yang kurang dominan iaitu jika anda biasa memberus gigi menggunakan tangan kanan, maka kini cuba gunakan tangan kiri. Tentu akan terasa kekok dan aneh sewaktu pertama kali mencubanya. Itulah rasa yang disuarakan minda tanpa anda sedari dan itulah kuncinya. Anda akan memberikan tumpuan agar cubaan memberus gigi itu berjaya. Ini juga membantu minda anda memberi fokus yang sepenuhnya. Anda juga boleh mencuba perkara lain dengan cara yang serupa seperti menuang air,menyikat rambut dan sebagainya.

# Latihan seterusnya anda boleh lakukan seandainya anda pulang lewat malam. Jika anda masuk ke dalam rumah, cuba biarkan lampu terpadam. Tentu sukar bukan untuk berjalan di dalam gelap? Bertenang..bukankah itu rumah anda? Seharusnya anda menghafal selok belok rumah tersebut. Tarik nafas dalam-dalam dan katakana pada diri yang anda mampu melakukannya. Mulakan dengan visualkan di mana letaknya perabot utama di rumah anda. Seterusnya ‘petakan’ setiap laluan menghala ke bilik anda. Cuba berjalan perlahan-lahan dan berikan fokus yang sepenuhnya. Lihatlah bagaimana minda anda mampu menjadi tanda arah anda.

# Langkah seterusnya, sangat mencabar dan menarik untuk dicuba. Pergilah bercuti !.ya tapi kali ini tanpa peta,kompas atau Global Positioning System ( GPS) untuk memandu arah. Di sinilah dimana latihan minda akan dipergunakan sepenuhnya. Baca tanda arah pada jalan dan gunakan keupayaan minda anda untuk mengingati setiap simpang dan jalan untuk pergi dan balik ke tempat yang ingin dituju.

selamat mencuba !

-Sumber disunting dari majalah RAPI-





Rindu Jordan

11 03 2010


Harini terasa empangan yang menakung mutiara jernih itu hampir2 pecah..sebak memenuhi dada.. saban hari apabila ym dengan id iela_sofhillea aku bukak,beberapa offline message yang rata-ratanya dari Tetamu Dataran Syam membuatkan air mata ini hampir2 tumpah..mesej biasa saja sebenarnya..tentang aktiviti-aktiviti harian mereka,program-program anjuran badan-badan tertentu dan kadangkala mesej tentang pelawaan menyertai aktiviti sukan pada petang hari..tapi semua mesej tu membuatkan aku semakin merindui Jordan..aku rasakan seumpama Jordan negaraku sendiri.. rindu untuk menjadi tetamu Dataran Syam kembali..rindu untuk menuntut ilmu dari ulama’2 itu kembali.. rindu untuk duduk di bawah pohon pain yang lebat memagari kuliah syariah..pohon-pohon itu seumpama pagar yang melindungi kuliah syariah dari anasir-anasir kurang elok di sekitarnya.. sesungguhnya sehingga kini aku masih merasakan ketenangan ketika mana duduk di bawahpohon itu sambil membaca kitab,menghafaz Al-Quran atau berbual-bual dengan teman-teman arabku.
Yaa..aku amat merindui semua waktu itu.. tiada yang dapat membayar harga sebuah kerinduan ini..
Masihkah dapat diulang kembali..?

Ala’,Bayan..dan Asma’…teman-teman arab yang amat rapat denganku..kami hanya sempat bersama 2 semester..juga dari kuliah syariah..tapi takhassus yang berbeza..walau bagaimanapun hubungan kami sangat akrab..pantang ada senggang masa untuk kuliah seterusnya,kami pasti bertemu..kalau tidak sempat pun,mereka akan datang ke kelasku,hanya untuk bertanyakan khabar dan berbicara sepatah dua kata sebelum lecturerku masuk..sungguh terharu rasanya..Ala’ dan Asma’ tua setahun dariku..aku dan Bayan sebaya tapi dia grad dulu..bukan setakat grad sahaja tapi dia juga disunting awal dan mengikat tali pertunangan ketika di semester akhir..aku tidak dengar lagi sebarang khabar dari mereka..kos yang amat mahal untuk berhubung melalui telefon..e-mail..?jauh sekali..mereka tidak punya e-mail.. mereka gadis desa yang tinggal di North Shoonah..aku sudah 3x ke kampung mereka..bahkan aku boleh lihat Palestin dari beranda rumah Ala’..

Apalah khabar mereka?barangkali sudah menikah agaknya..di Jordan bernikah ketika masih menuntut di Universiti adalah perkara biasa.aku kira di kuliah Syariah saja hampir separuh pelajar perempuannya sudah menikah,bahkan mengandung itu satu fenomena biasa..(Awas.! Bersuami ya).

Jordan yang menggamit..

Tiada niat di hatiku untuk membanding-bandingkan Malaysia Negara kelahiranku dan Jordan..tapi ianya hadir dengan sendiri..bila aku melihat bangunan-bangunan rumah flat di Kuala Lumpur,dengan sendirinya bangunan rumah-rumah kotak berwarna tanah di Jordan bermain di tubir mataku.. sesungguhnya aku rindu semua itu..
Bila aku menempuh satu perjalanan panjang dari Kuala Lumpur ke Pahang dikelilingi hutan-hutan menghijau,aku bayangkan ketika mana menempuh satu perjalanan panjang dari Irbid ke Petra@ Aqabah dikelilingi oleh tanah tandus berpasir tanpa pohon-pohon hijau berbatang tinggi.yang ada hanyalah bukit-bukit batu.sesekali bertembung dengan kawanan biri-biri gemuk dan pengembalanya. Aku bayangkan bagaimana kambing-kambing di Malaysia yang mendapat cukup rumput-rumput hijau segar tidak boleh segemuk itu..[huhu..memanglah..dah bakanya kan dari jenis yang berbeza].(^_^).hehe

Sejak pulang ke tanah air,hanya beberapa kali sahaja folder gambar-gambar di Jordan aku buka..itupun sebab nak tunjuk pada family..beribu-ribu gambar itu akan mengingatkan aku pada Jordan..seterusnya mengundang kerinduan dan sebak di dada..oohh aku tidak mahu melayan perasaan..
Hem..cukuplah sekadar ini aku zahirkan kerinduan melalui coretan kali ini.. [ nak kumpul duit banyak-banyak,bawak mak & abah ke tanah suci seterusnya singgah di Dataran Syam itu kembali] semoga dimurahkan rezeki..(^_^) ameen..





Kerana Allah Ada

22 02 2010


Terkadang kita menjadi terlalu lemah
Dengan seribu macam perasaan yang menjeruk rasa..
Hingga buatkan kita seringkali tertanya,
Di mana bahagia untuk kita..?
Tp tika itu sejalur cahaya meresap ke dalam jiwa,
Lalu hati berbicara..
Usahlah bersedih..
Kerana Allah itu ada..

Kini baruku tahu,cinta manusia tidak ke mana..
Ada pasang surutnya,
Aku pandang langit biru,
Mengapa kini warnanya kelabu..?
Rupanya hujan mencurah lalu..
Tidak kusedar Rahmat Tuhan yang satu,
Kerana aku hanya memikir akan gerimis di hatiku,

Bila kita meletakkan cinta Allah di tempat teratas dalam hati kita..
Nescaya tiada lagi kerinduan pada manusia yang menyesakkan dada..
Justeru hati sentiasa tenang dalam menongkah arus kehidupan dunia..
Setiap kali nafsu ingin memikirkan yang selainNYA,
Maka kesucian cinta pada RABB akan menghalangnya..
dan ini tidaklah bermakna aku menolak cinta manusia..
Yang sesekali cuba singgah meresap ke dalam jiwa..
tapi keinginan hati merasai cinta..
insan yang aku halal bersamanya sahaja..
Buat sepanjang masa..sehingga aku ketemu…DIA…





Ketika Cinta Berbuah Syurga..

25 01 2010

“Anakku, sudah sampai saatnya kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Teman baik yang membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh kau ajak bercinta untuk syurga.”

Said tersentak mendengar kata-kata ayahnya.

“Apa maksud ayah dengan teman baik yang boleh diajak bercinta untuk syurga?” tanyanya dengan nada ingin tahu.

“Dia adalah teman sejati yang benar-benar mahu bersama denganmu bukan kerana darjatmu tetapi kerana kemurnian cinta itu sendiri,yang tercipta daripada keikhlasan hati.Dia mencintaimu kerana Allah. Dengan dasar itu, kau pun boleh mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana Allah.Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan dasyat yang membawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa kalian masuk syurga.

Sebenarnya ni adalah sinopsis dari buku Habiburrahman El-Syirazi, KETIKA CINTA BERBUAH SYURGA..Buku ni memuatkan 29 kisah-kisah yang di ambil dari Hadis,kisah-kisah zaman Sahabat,Tabi’in dan kisah teladan dari dunia islam.

Terpandang saja buku ni kat MPH aritu,terus beli..memang pantang tengok buku-buku karya Kang Abik ni.. em sebenarnya cerita tu berkisahkan seorang anak raja pemerintah bumi Kurdistan bernama Said. Said ni seorang putera raja yang tampan,pintar & berani.Ayah dia ni selalu ajar dia baca Al-Quran dan bercerita tentang kisah2 pahlawan silam,tapi dia selalu rasa tak seronok la pasal tengah ayah dia bercerita,ada tetamu penting nak jumpa lak.. [yelah..raja memang camtula kan]..

Tapi raja ni tau anak dia rasa tak seronok camtu. So,raja yang baik hati,bijak & adil ni pun bagi la nasihat seperti yang dah saya tulis kat atas tadi tu..Kemudian anak raja ni tanya ayah dia macam mana nak cari teman yang macam tu. Raja suruh anak dia uji sesiapa yang ingin menjadi teman dia dengan cara jemput sarapan pagi..apabila mereka sampai,jangan hidangkan makanan lagi,dan biarkan mereka lapar dan lihatlah apa yang akan mereka lakukan. Ketika tu barulah rebus 3 biji telur. Kalau mereka tetap bersabar barulah di hidangkan 3 biji telur tersebut. Lihatlah apa yang akan mereka lakukan dengannya..

Maka anak raja tu pun praktikkanlah cara-cara mencari teman sejati yang aneh tu..Bermula dari hari tu dia mengundang seorang demi seorang anak raja,pembesar-pembesar,saudagar-saudagar dan sekalian anak-anak orang kaya.Tapi dia tak berjumpa seorang pun yang bersabar..ada yang marah-marah,melontarkan kata-kata kesat,memaki hamun dan sebagainya.Sampailah satu hari dia terfikir untuk mencari teman sejati tu luar dari kawasan kota.

Lalu dia pun redah hutan,sawah,kebun2 sampailah dia jumpa seorang budak lelaki pencari kayu api..Said ni pun ikut la budak tu sampai kat umah dia. Kemudian dia tengok budak tu berwudhuk dan solat 2 rakaat..barulah dia keluar dan bertanya solat apa yang dia buat,siapa namanya dan boleh tak kalau nak berkawan dengan dia..budak pencari kayu api tu pun menjawab namanya Abdullah,tadi dia solat dhuha dan dia kata tidak layak untuk dia berkawan dengan Said sebab dia nampak Said ni macam anak bangsawan.setelah dipujuk barulah dia setuju nak berkawan dengan syarat hak dan kewajipan mereka sama,sebagai sahabat yang seia-sekata.

Sejak itu mereka berkawan baik dan Abdullah mengajar Said berbagai perkara yang tidak diketahuinya sebelum ini.Kemudian dia mempelawa Said untuk menjamu selera di rumahnya.Dalam hati Said berasa kalah kerana anak pencari kayu api tu mengundangnya terlebih dahulu sebelum Said mengundangnya..Kemudian pada hari yang lain Said mengundangnya pula.pada hari yang dijanjikan pergilah Abdullah ke kota. Ketika itu barulah diketahui bahwa Said sebenarnya anak raja tapi oleh kerana kemulian dan kerendahan hati Said maka dia pergi juga untuk memenuhi undangannya. Said tetap melakukan seperti apa yang di nasihatkan ayahnya sebelum ini.. setelah lama,barulah dia merebus telur sementara Abdullah tetap bersabar menunggu. Apabila siap,Said menghidangkan 3 biji telur tersebut dan menjemputnya makan.Abdullah mengambil 1 biji dan mengupasnya perlahan sementara Said mengambil dan mengupas sebiji telur dengan cepat dan memakannya.Kemudian dia sengaja mengambil telur yang ketiga dan memakannya..Apabila Abdullah siap mengupas telur tersebut,dia mengambil pisau dan membelah telur bahagiannya kepada 2,sebelah di beri kepada Said dan sebelah lagi untuk dirinya..
Said rasa terharu dengan keadaan tu kemudian terus dia peluk Abdullah, anak si pencari kayu api tu sambil berkata “Engkau sahabat sejatiku,engkau sahabat sejatiku, engkau temanku masuk syurga! “

Sejak itu persahabtan mereka menjadi akrab melebihi saudara kandung. Mereka saling menyayangi kerana Allah SWT..dan kerana kekuatan cinta mereka juga,mereka sempat mengembara menuntut ilmu bersama hingga ke Ibrki,Syria,Yemen & Mesir.Kemudian setelah raja mangkat Said menggantikan ayahnya dan orang pertama yang diangkat menjadi penasihat kanannya adalah Abdullah sahabat sejatinya..dan meskipun menjadi raja dan penasihat mereka masih melakukan solat Tahajjud dan membaca Al-Quran bersama-sama.kepintaran dan ketaqwaan keduanya membuatkan mereka mampu membawa kerajaan itu ke era kemakmuran.Sekian cerita cikgu untuk kali ini ya murid2..huhu.

Cerita asal : KETIKA CINTA BERBUAH SYURGA karya Habiburrahman El-Syirazi





2010..

12 01 2010

salam..komen seorang teman,katanya sudah lama melodi hati sunyi tanpa iramanya..
ya memang benar,saya sendiri sebenarnya rindu untuk kembali mencoret sesuatu untuk dikongsi bersama..
sebenarnya entry 2009 juga ada yang tidak sempat saya post..saya tidak tahu mengapa jadi begitu..
adakah masa yang terlalu mencemburui atau saya yang tidak pandai membahagikan waktu..
sebetulnya internet juga salah satu puncanya..
saya kini sedang menjalani praktikal di Exim Bank, Kuala Lumpur dan menyewa di Taman Melati..tiada internet di rumah..ni pun curi2 masa dalam kesibukan di pejabat..huhu
Dua bulan setengah sebelum ini,saya di Setiu,Terengganu,menjalani training under Khazanah Nasional Berhad.i’m ex-GEMS participant..
hem..bercerita tentang Terengganu,semuanya yang tergambar hanyalah indah2 belaka…bukan saja setakat dapat makan best..banyak pengalaman baru yang dapat dari sana..[tapi makan best tu ye jgk..] huhu..
aduhai kopok lekor..termimpi-mimpi dibuatnya..hehe
Em ok la..nak cite sket apa yang dapat masa kat Suria Merang Resort tu..2 bulan setengah dok sana..
ada 13 modul yang dah belajar..antaranya :-
-Achieving personal Excellence
-professional grooming
-time management
-office mangement
-operational manegement
-Public Speaking & Presentation Skill
-Business Appreciation
-Business English
-Project Planning
-Interpersonal communication
-customer service
and paling best…-teambuilding.flying fox,rafting sume tula..
setiap pagi lak.ade aktiviti wajib..speaker corner..antara 5 hingga 6 orang akan bagi speech kat depan kelas, tajuk pilih sendri la
dan bahasa pengantaranya hanyalah english.. smua tu nak latih kita punya self confidence. emm paling tak lupa kena bagi speech masa lunch hour kat cafe.
agak susah sebenarnya untuk tarik perhatian orang yang tengah makan dengar kita punya speech.Banyak lagi kalau nak cerita pasal GEMS je.

Oklah..GEMS dan 2009 dah berlalu..realitinya 2010 dah menjelma..dah masuk minggu kedua pun..
2 hari lepas..10/01/10 genaplah umur saya 23 tahun..termenung saya memikirnya..bermacam-macam perasaan berbaur menjadi satu yang menyesakkan dada.. 23 tahun dah saya hidup kat dunia ni.
Berapa banyak perkara dah yang saya berjaya buat abah dan mak bangga dengan saya..?berapa banyak pula yang saya kecewakan mereka..? berapa banyak masa yang dah saya buang dengan sia2..?
dan yang paling utama berapa banyak ibadah yang saya dah lakukan untuk DIA?? mampukah terhapus dengan dosa-dosa yang saya lakukan secara sedar ataupun tidak selama ini..?
gerun saya memikirnya..saban hari kita dihidangkan dengan berita-berita kematian.Mati kemalangan,dibunuh,lemas dan bermacam-macam lagi cara izrail mencabut nyawa..dan bila tiba saat giliran saya,mampukah saya bersedia..?
Hem harini 12/01/10..genap setahun arwah tokki pergi menghadapNYA..Tokki meninggal masa saya di Jordan..hanya bacaan ayat-ayat suci saya kirimkan untuknya.semoga rohnya tenang Di Sana..Ameen..
erm,,,tetiba saya kehilangan idea untuk mencoret..fikiran saya sudah jauh menerawang entah ke mana..tambahan pula sekarang sudah tiba masa untuk pulang.. kembali ke alam realiti,bahawa saya perlu berkejar dengan masa..
Tidak berani untuk berjanji bila saya akan ke sini lagi..harap-harapnya selepas ini saya mampu mencoret sesuatu yang lebih berharga.Teringin juga untuk berkongsi sesuatu tentang kerja saya sekarang..semoga di beri kesempatan..sehingga berjumpa lagi..daaa..





Bila Bicara Tentang ‘Mereka’..

16 10 2009

Mereka yang tidak pernah saya kenali sebelum ini..baru 2 minggu lepas saya kenali mereka. Mereka yang datang dari latar belakang yang berbeza.Berbeza segalanya.Pandangan,corak pemikiran,gaya kehidupan,malah juga ada yag berbeza agama.Tapi kami bersatu atas nama persahabatan.

Semuanya berlaku dalam 2 minggu lepas.Sebenarnya saya baru sahaja berhenti dari satu program latihan pengurusan + praktikal di Petaling Jaya.Sebetulnya saya harus menghabiskan 2 bulan belajar dan 1 bulan praktikal tapi memandangkan ada 1 lagi peluang yang lebih baik untuk saya,maka saya berhenti.Ahad ni saya akan ke Setiu…

Emm..berbalik tentang ‘mereka’.Cuma 2 minggu saya dapat bersama mereka.Jika dahulu saya tidak berpeluang untuk bercampur dengan orang-orang seperti ‘mereka’.Saya hanya bersahabat dengan orang-orang yang dalam lingkungan saya sahaja.Yang datang dari sekolah agama..Jadinya corak pemikiran,gaya pemakaian,pandangan dan sebagainya hampir serupa,walaupun tidak semua.Tapi 2 minggu lepas merubah segalanya.Saya mengenali ‘mereka’..Itupun atas kehendak DIA..Ada hikmah disebaliknya..

Perlukah sebenarnya saya bercerita tentang ‘mereka’..??Bukan untuk mengata @ bercerita membuka aib orang,tapi sekadar untuk membuka mata orang-orang seperti saya,yang tidak pernah bergaul dengan orang-orang seperti ‘mereka’ sebelumnya.

Siapa ‘mereka’…??

‘MEREKA’…ada kaki clubbing,punya anak luar nikah,tidak balik malam (tidur rumah pakwe),bertudung hanya sekali sekala..bahasa2 percakapan mereka yang agak malu untuk disebut..malah ada juga yang berbeza agama dengan saya,tapi bagus akhlaknya,lembut tutur katanya,dan banyak lagi tentang ‘mereka’..Tapi..mereka boleh berkawan baik dengan saya walaupun kami semua berbeza.Semasa saya bersolat @ mengaji,mereka menghormatinya walupun mereka tidak melakukannya..

Saya terharu pada hari kedua terakhir saya bersama mereka.Mereka ajak makan luar beramai-ramai lepas habis kelas,tapi memandangkan saya sedang berpuasa,jadinya ditangguhkan selepas waktu berbuka.Kemudian ada yang bertanya saya..”eh nak makan terus ke nak sembahyang maghrib dulu?” pastu salah seorang antara mereka menjawab, “biar la dia smayang dulu,nanti terlepas waktu maghrib”. Almaklumlah dah makan ramai-ramai pastinya memakan masa yang lama..

Nampak tak apa yang cuba saya gambarkan disini..Betapa ‘mereka’orang-orang yang jika dilihat dari luarannya seorang yang mengabaikan ajaran agama @ kurang dari segi agamanya menghormati pegangan hidup seseorang.Mereka tidak mahu saya jadi seperti mereka.Semoga Allah memberi mereka petunjuk.

Saya hanya diberi kesempatan oleh DIA untuk 2 minggu sahaja bersama ‘mereka’..tapi itu sudah cukup untuk buat saya mengenali dengan lebih dekat orang-orang seperti mereka.Sekurang-kurangnya selepas ini saya tidak terlalu terkejut dan lebih bijak berhadapan serta berbicara dengan orang-orang seperti ini.
Realitinya..itulah rakyat Malaysia..semoga anda juga bersedia..








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.