Pencarian…

30 05 2013

Imej

Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang… Tuhan Yang Maha Esa, Tiada Tuhan Selain Dia, Dialah Yang Maha Hidup dan Berdiri Dengan Sendirinya. Tuhan Yang Mentadbirkan alam ini, langit,bumi dan diantara keduannya dengan penuh teratur…Tuhan yang Membuahkan rasa cinta dan rindu dalam jiwa hambaNYA…Ya Tuhanku suburkanlah cinta dan rindu ini hanya untukMU.. Selawat Dan Salam buat Nabi Junjungan Mulia, Muhammad SAW…Rasul yang Ummi…Bepekerti Mulia lagi Terpuji… yang mempunyai sebutan nama yang harum di Langit dan di Bumi…

Ya Tuhanku,izinkan aku menulis sedikit kisahku. Semoga ada antaranya yang berguna pada insan lain atau setidaknya ia mengingatkan aku kembali tika aku terlupa…

Usai solat zohor tadi, tiba-tiba meluncur di benakku, bahawa barangkali apa yang aku lakukan tika ini juga ada kesilapannya. Aku ingin mencari keredhaan Tuhan dengan melengkapkan separuh imanku melalui jalan pernikahan. Sebuah niat yang suci,tapi jalan menujunya juga harus suci. Fakhruddin,insan yang ku minta bantuannya adalah lelaki. InsyaaAllah dia lelaki yang baik. Mustahil aku mulakan niat suci, pencarian mencari calon imamku dimulai dengan sesuatu yang tidak disukai Tuhanku…aku minta pertolongan dari seorang lelaki yang tidak halal buatku.Taarufku bisa saja jadi sesuatu yang mengusik hati kami, andai saja kami tidak mampu mengawalnya.Gurauan-gurauan yang diselitkan ada kalanya mungkin boleh jadi melalaikan dari niat sebenar kami. Maafkan aku. Aku tidak mungkin menjadi wanita yang mencalarkan imanmu walau sedikit. Kamu lelaki yang baik. Kalau saja Allah tidak menggerakkan hatiku, nescaya menjadilah aku hambaNYA yang zalim.

Aku harus bersabar dan pandai menjaga diri,perlakuan,dan tutur kataku. Sungguh! Dunia ini dipenuhi dengan apa-apa yang disukai oleh nafsu walau kita menidakkannya…Nauzubillah. Benarlah jalan menuju syurga itu amat payah, beronak duri, sedang jalan menuju neraka itu sangat manis dan mengandungi apa-apa yang disukai oleh nafsu. Semoga kita dilindungi oleh Allah.

Cukuplah kiranya sedikit taaruf yang telah disampaikan. Tiada yang istimewa padaku. Kalau saja orang menyukaiku dan menganggapku baik,itu adalah kerana Allah telah menutup keaibanku. Maha Suci Allah. Dialah Yang selayaknya dipuji. Bukan aku..aku hamba yang tidak punya apa-apa. Istikharahlah, bertanyalah kepada Allah, DIAlah Tuhanku dan Tuhanmu. DIA lebih mengenaliku melebihi diriku sendiri… kalau pada manusia,bertanyalah kepada sahabat-sahabatku tentang aku,namun jangan percaya semuanya kerana bukankah Allah telah menutup keaibanku?? Ana fakir fi ainillah…

*****************************************************************************************************

Aku impikan seorang lelaki yang di hatinya ada Engkau,Ya Allah. Yang mencontohi akhlak nabiMu Muhammad SAW walau aku tahu dia takkan mampu,sekurang-kurangnya dia berusaha ke arah itu dan mengambil baginda sebagai idolanya. Aku tidak impi seorang teman hidup yang terlalu sempurna, tapi memadailah dia yang sentiasa ingin menyempurnakan dirinya dengan kebaikan dan dapat menerimaku keranaMu Ya Allah… Ya Tuhanku, Engkau Maha Tahu tentang niatku dan perancangan masa hadapanku.

Ya Allah, Engkau mengajarku tentang pentingnya meletakkan kebergantungan hanya kepadaMU. Aku tetap yakin bahawa Engkau tidak akan pernah meninggalkan aku,justeru aku pohon kepadaMU Ya Allah, jangan biar aku jauh dariMU. Aku mohon dikurniakan lidah yang sentiasa basah berzikir menyebut dan memuji-muji Asma’Mu, hati yang penuh kusyuk mensyukuri segala kurniaanMU serta badan yang penuh ringan untuk menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU…

Ampunkan aku Ya Allah, kiranya aku terlalai dalam pencarianku mencari sebaris nama yang pernah aku buat perjanjian denganMU di alam rahimku dulu.

******************************************************************************************************

Ini baki sesi taaruf yang tidak sempat saya nyatakan… (buat A.F)

Nama penuh :- telah anda sedia maklum

Tarikh lahir :- 10 Januari 1987 ( saya lahir genap pada hari Tuan Guru Nik Aziz mencapai umur 56 tahun, semoga saya dapat mencontohi peribadi mulianya,berkat menjadikan Rasulullah idolanya)

Hobi        :- membaca, interior monolog, makan angin tengok laut, hutan, bukit,gunung2, bintang,tangkap gambar dll…

Penulis yang digemari    :- Ustaz Pahrol Md Juoi, Ustaz Dr Zahazan Mohamed, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Hilal Asyraf, Fatimah Syarha Mohd Nordin dan banyak lagi sebenarnya..

Majalah kegemaran:- Solusi

Radio Pilihan : IKIM F.M ( amat menyukai slot program Islam Itu Indah ( Prof Dr.Muhaya / Ustaz Ebit Lew), slot Usrati ( Ustazah Norhafizah Musa), slot Tafaqquh Fiddin (Pengajian Bersama Ustaz Md Aleh Solihin berkisar dalam persoalan aqidah berdasarkan kitab Umm al-Barahim), Fiqhus Sirah (Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid, Program yang membicarakan berhubung perjalanan perjuangan Baginda Rasulullah SAW berdasarkan kitab karangan Sheikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti ) dan banyak lagi…

Juga menyukai lagu2 Opick J

Perancangan masa hadapan :- aku pingin didik bakal putera puteriku menjadi penghafaz Al-Quran dari mereka kecil…semoga dipermudahkan.

Aku amat bahagia jika ada yang sefikrah denganku…

Boleh juga berhubung dengan sahabat-sahabatku jika ada yang masih belum jelas tentangku. (jangan bimbang mereka semuanya sudah berkahwin) 🙂

Sahabat :- teman sek.menengahku yang masih berhubung hingga kini – Athirah Che Azimi (FB), teman sepengajianku dari IKIP, Yarmouk Universiti,Jordan, IPG Afzan ( Siti Robeah Bt Md Desa)/ Siti Robeah Siti Ruby (FB), teman di sekolah mengajar sekarang ( Janatul Naim Bt Jamaluddin / Janatul Naim Raduan (FB).

Sejujurnya aku tak punya teman baik yang aku khususkan, aku bahagia bersahabat dengan ramai orang..cumanya mereka yang aku nyatakan ini adalah yang sering aku kongsikan cerita bersamanya,berkongsi pandangan atau pemikiranku.

Sekian saja taarufku..moga anda sudah punya gambaran tentangku… 





KEMBARA PENCARIAN CINTA RABB DI HATIKU…

28 07 2010


SIRI 2…

Sudah lama benar saya tidak bertandang ke Melodi Hati.. teringin sekali untuk mencoret kisah kembara saya seterusnya, tapi seringkali tidak kesampaian dek kerana krisis kerjaya yang sedang melanda. Walau bagaimanapun saya masih utuh di sini..tika ujian Allah menduga. Kadangkala saya juga tidak menduga bahawa saya boleh menjadi setabah sekarang. Alhamdulillah..Allah menguatkan saya. Saya percaya Allah akan membantu saya disamping usaha-usaha saya yang berterusan.

Banyak sungguh perkara misteri yang berlaku dalam hidup khususnya pada diri saya. Sukar untuk dihuraikan satu persatu..

Setelah lebih 2 minggu misi mujahadah saya bermula, saya mula nampak akan perubahannya.. pada mulanya saya tidak perasaan.. kini saya sedari, minat dan kecenderungan saya kini telah beralih arah.

Pada awalnya saya mulakan misi mujahadah saya dengan menjauhi hubungan dengan lelaki, tapi Allah memelihara saya lebih dari itu. Tiada lagi minat saya untuk menonton drama atau cerita2 hiburan yang banyak dilayarkan di skrin tv. Jika rakan-rakan serumah menonton pun, saya tiada hati untuk mengikutinya, hanya pandang kosong atau saya menggantikannya dengan menyibukkan diri iron baju, memasak atau membaca. Jika ada peluang saya menukar kepada channel Astro Oasis. Satu-satunya channel yang amat saya gemari. Rancangan dan paparan yang berunsurkan islamik. Alunan zikir yang menenangkan hati dan saya bersyukur mempunyai rakan-rakan yang memahami. Kadang-kadang riuh rumah kami dengan suara paduan kami mengikuti alunan zikir di tv.

Rumah sewa ini baru kami huni selama 5 minggu. Sebelumnya kami bertiga menyewa di tempat berasingan. 6 minggu lepas,ketika pertama kali mengunjungi rumah ini untuk survey, kami terus tertarik hati. Saya amat menyukai pemandangannya. Buka sahaja tingkap di ruang tamu, bangunan pertama yang boleh di lihat adalah masjid. Ya! Sebuah masjid yang tersergam indah serta boleh saya katakan makmur dengan jamaahnya. Bangunan ini betul-betul berhampiran dengan masjid. Dari tingkat 13 ini, saya boleh menyaksikan dengan jelas pemandangan indah ketika matahari terbenam. Satu aktiviti yang amat saya gemari. Memerhatikan alam!

UJIAN

Dalam keindahan memburu rasa cinta dari Yang ESA, kita tetap tidak terlepas ujian dariNYA. Itu hakikat yang kita tidak boleh lari darinya,kerana itu memang janjinya seperti dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud “ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “kami beriman”; sedang mereka tidak diuji?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-NYA tentang orang-orang yang berdusta.”

Ujian tandanya Allah sayang pada kita..mengapa? kerana mungkin terlalu lama kita menyepikan diri dari mengingati Allah. Allah rindu mendengar tangis rayu kita kepadaNYA.. mendengar semua rintihan dan keluh resah kita kepadaNYA..mendengar semua pengaduan kita.. sungguh Allah tidak pernah penat untuk itu semua. Maha Suci Allah.

“Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu mengenai AKU maka (beritahu kepada mereka) : sesungguhnya AKU (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKU (dengan mematuhi perintahKU), dan hendaklah mereka beriman kepadaKU supaya mereka menjadi baik serta betul.” [Al-Baqarah {2:186}]

Ketika ditimpa ujian,manusia amat mudah melatah. Terkadang meratapi sendiri mengapa kita yang diberi ujian sedemikian rupa. Belum pun berusaha terus mengalah,merintih,merayu agar ujian diringankan. Usah terlalu bersoal,mengapa kita yang menjadi pilihan. Seeloknya beristighfar terlebih dahulu. Tenangkan diri. Ada berbagai-bagai cara yang boleh kita praktikkan. Ambillah masa sebentar dengan duduk beristighfar, pandanglah alam semesta, langit, awan,pohon-pohon menghijau. Cukuplah 2 atau 3 minit untuk meredakan denyutan jantung yang berdegup pantas sebentar tadi dek kerana menahan marah, sedih atau apa jua perasaan yang hadir bersama ujian yang menimpa. Ya! Sebagai manusia normal, amat susah untuk kita membuat sebarang keputusan dalam masa yang amat singkat dan jiwa yang bercelaru. Oleh itu, berwudhuklah dan bacalah Al-Quran, insyaAllah rasa ketenangan sebentar tadi akan berterusan.

Ingatlah Allah telah berfirman dalam surah Al-Mukminun yang bermaksud :“ Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (yang mendatangkan iktibar);dan sesungguhnya Kami tetap menguji (hamba-hamba Kami). {23:30}

“Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan disisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya. (Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya” {23:62-63}

Oleh itu sebagai manusia wajib kita mentaati segala perintah Allah sebagai tanda kita bersyukur kepadaNYA. Mohonlah keampunan atas segala dosa yang kita lakukan samada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Entah bila kita akan dipanggil olehNYA. Sering-seringlah mengingati mati,kerana itu akan mendekatkan kita denganNYA. Tapi…itulah yang jarang kita lakukan.Terkadang terlalu banyak kita bergelak ketawa dalam kehidupan seharian. Saya tidak berkata kepada sesiapa, itulah diri saya yang dahulu. Semoga Allah mengampuni saya. Kerana itu,buatlah perubahan sebelum terlambat. Jauhi dan tinggalkanlah perkara-perkara yang kita rasakan bakal merosak @ mencacat celakan ibadah-ibadah seharian kita kepadaNYA.

Allah telah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:” jika mana-mana hambaKU mentaatiKU, maka AKU redha kepadanya, bila AKU redha kepadanya maka akan AKU berkati seluruh hidupnya, sesungguhnya keberkatanKU tidak ada penghujungnya, dan jika hambaKU melakukan maksiat kepadaKU, AKU marah kepadanya, bila AKU marah kepadanya, maknanya AKU melaknatnya. ”





SIRI: Kembara Pencarian Cinta RABB Di Hatiku..

21 06 2010


Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).(Q.s: At-Taubah:24)

SIRI 1

Bismillahirrahmanirrahim…selawat dan salam buat rasul junjungan mulia Muhammad S.A.W,kaum kerabat,para sahabat,alim ulama’,tabi’ tabi’een,serta yang mengikut keseluruhannya.

Entry kali ini sebenarnya agak malu untuk saya terbitkan kerana ianya agak peribadi, tapi kerana satu niat bahawa saya ingin mengajak anda bersama-sama saya melaksanakan misi kembara ini, makanya saya ketepikan perasaan malu. Bercerita melalui pengalaman sendiri, yang mana sedikit sebanyak mungkin ada persamaan dengan anda lebih realistik. Berbanding dari yang hanya melarang tanpa pernah melalui situasinya,agak berbeza dan sukar diterima oleh sesetengah golongan. Alasan mereka..” ahh..dia tak pernah rasa@ alami,boleh la cakap,kalau kena batang hidung sendiri baru lah tau” saya akui, perkara yang melibatkan hati dan perasaan amat kompleks dan sensitif sifatnya. Oleh kerana itu, larangan berupa menjauhi hubungan lelaki dan perempuan ajnabi dipandang sepi dan amat liat untuk kita menyahut terutama bagi golongan yang ‘tahu’. Alasannya “ aku boleh kawal lagi” “aku tahu jaga batas-batasnya” dan beberapa macam alasan lagi. Ya mungkin kita boleh terselamat dari melakukan dosa besar seperti zina perbuatan dengan sebab kita ‘tahu menjaga batas-batasnya’ , Tapi persoalannya mampukah kita menjaga zina hati.??? Manusia itu Allah kurniakan dengan nafsu. Jadi tidak mustahil dalam kita ber’sms’,ber’chatting’ atau ber’calling’ itu kadang-kadang kita ter’rindu’ dengan sms-sms biasa si dia, atau ter’rindu’ dengan ayat-ayat yang digunakan semasa berchatting atau parah lagi ter’rindu’ suaranya ketika di telefon. Nauzubillah.. saya tidak mahu menyebut tentang apa hukum, besar@ kecil dosanya, kerana kita (saya dan anda) adalah dari golongan yang ‘tahu’ .

Aku tahu Cinta (Rabb) Itu ada,
Tapi tak ku temui ia di mana,
Tersirna bak fatamorgana,
Bila kuhampiri ia menghilang jua.

Aku selam ke lubuk hati,
Mengapa ia berlalu pergi..?
Hilang dan muncul silih berganti,
Seolah petanda dari Illahi..

Ku pandang jauh ke dasar qalbu,
Mengharap jawapan segera bertamu,
Lama kunanti baru ketemu,
Inilah dia rupanya kisahku..

Saya mengenali seorang adam 2 tahun lalu. Kami berkawan baik. Secara luaran dia memang baik dan saya percaya di dalamnya juga dia baik. Apa tujuan saya berkawan dengan sang adam? Sejujurnya saya mahu mencari calon peneman hidup. Tapi ini bukanlah bermakna saya akan menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat. Persedian awal cuma. Saya seorang yang setia dalam apa bentuk sekali pun. Jika saya sudah suka pada sesuatu saya akan setia padanya. Sebagai contoh, kasut dan beg . saya tidak punya koleksi yang banyak dalam satu-satu masa.selagi ianya boleh dan selesa di guna,saya akan menggunakan semaksimumnya. Ini bukanlah bermakna saya kedekut,tapi saya tidak mahu membazir dalam membeli kerana saya tahu saya hanya akan menggunakan yang sama sahaja walaupun saya mempunyai pilihan lain. Begitu juga dengan kebanyakan perkara lain dalam hidup saya. Termasuklah dalam hal ‘persahabatan’ dengan lelaki. [saya pernah terbaca,sebenarnya tiada istilah persahabatan antara lelaki dan perempuan]. Saya hanya berkawan baik dengan seorang lelaki sahaja dalam satu-satu masa. Matlamat dari persahabatan ini hanya satu yang mana telah saya nyatakan di atas tadi. Tidak pernah terlintas di hati saya untuk sekadar bersuka ria dan mencari ramai kenalan dari kalangan kaum adam ini. [ pasti ramai kaum adam yang takutkan komitmen kurang senang membaca penyataan saya ini].

Di mana bermula

Berbalik kepada kisah adam kenalan saya, saya mula mengenali kaum adam [selain mahram] ketika saya berumur 18 tahun. Kesemuanya adalah rakan sepengajian saya,dalam kursus yang sama. Saya amat jarang berbual mesra dengan mereka kerana saya seorang yang pemalu. Dunia remaja & persekolahan saya dikelilingi oleh kaum hawa. Kalau pulang bercuti juga tempat saya hanyalah di rumah. Bagi saya rumah adalah tempat paling selamat buat saya. Saya hanya akan keluar jika ada yang menemani.

Surah Al-Ahzab:33, bermaksud: “ Hendaklah mereka (perempuan) tetap di dalam rumah mereka dan janganlah bertabarruj sebagaimana bertabarruj perempuan-perempuan jahiliah yang dahulu.”

Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani, bermaksud: “Tidaklah Perempuan berhak keluar dari rumahnya melainkan terpaksa (perkara yang mustahak/tidak dapat tiada) dan tidaklah mereka berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan di tepi-tepi jalan sahaja.”

Perkenalan saya dengan seorang adam bernama S ketika saya berusia 19 tahun. Dia seorang yang baik dan ada pendidikan agama yang sempurna. Saya tidak mengenalinya secara terus. Kami hanya berhubungan melalaui sms dan beberapa kali panggilan telefon. Bagaimana saya begitu percaya kepadanya? S dikenali oleh ramai kawan-kawan lelaki dan perempuan sekelas saya. Bahkan kawan baik S sendiri juga sekelas dengan saya. S pernah bersekolah menengah dengan mereka dan perilaku baik dan kisah hidupnya di akui oleh semua yang mengenalinya. Dia tidak mempunyai ibu dan ayah dan hanya menjaga neneknya yang uzur di kampung. Walau bagaimanapun dia seorang yang bijak dan merupakan pelajar terbaik sehingga melayakkan dia menyambung pengajian dengan mudah.
Jika dahulu hampir-hampir saya fikir S adalah lelaki yang dijodohkan untuk saya sehinggalah dia memilih seorang wanita lain dengan tujuan untuk membimbing wanita tersebut ke pangkal jalan. Walaupun saya agak sedih tapi saya redha kalau itu tujuannya dan semoga Allah mengabulkan niatnya. Saya percaya ada hikmah disebaliknya. Kemudian kami masih berkawan baik dan dia banyak menasihati saya dalam banyak perkara. Kali pertama dan terakhir saya bertemunya adalah di KLIA pada hari saya berangkat ke luar negara.

Adam kedua bernama R yang hanya saya kenali melalui internet. Saya dan kawan-kawan saya mengenali kawan-kawan R secara beramai-ramai. Dia mahu serius tapi saya tak boleh terima kerana beberapa sebab. Saya meneliti beberapa perkara tentangnya termasuklah dengan siapa dia berkawan dan pengetahuan agamanya. Bagi saya tidak ada yang serius melainkan ikatan pernikahan.

Adam ketiga yang saya ceritakan di awal tadi. Telah saya kenali selama 2 tahun. Bagi saya tempoh tersebut sudah cukup untuk dia mengenali saya. Dia kenalan rapat dengan teman sekuliah saya sejak 4 tahun dulu. Jadi jika dia masih belum jelas tentang saya seeloknya dia mendapatkan maklumat dari teman-teman saya. Itu lebih baik.

Kini sudah tiba masanya saya menyelesaikan misi saya yang tertangguh sebelum ini. Misi meninggalkan dunia khayalan siapakah ‘adam’ yang ditakdirkan untuk saya. Paling utama, Misi mewujudkan hanya cinta RABB di hati. Dulu misi saya tertangguh kerana saya bimbang bayangan saya hilang dari ingatan sang adam kerana dia punya ramai hawa di sekitarnya. Tapi saya lupa bahawa jodoh itu Allah yang tentukan. Jika dia memang jodoh saya, biarpun kami tidak saling berhubungan, pasti ada jalannya Allah temukan kami suatu hari nanti. Saya lupa semuanya kerana dibayangi ketakutan hilangnya dia yang saya rasakan mampu menjadi imam buat saya nanti. Astaghfirullah.. di mana kebergantungan saya pada Allah?

Dan kerana itu baru saya sedari mengapa saya tidak benar-benar merasai sepenuhnya keagungan cinta RABB di hati saya. Ia timbul dan tenggelam. Pada satu-satu masa,bila saya bersendirian dengan hobi saya( memerhati alam) saya dapat rasa keagungan cinta Rabb itu. Suatu rasa yang sukar digambarkan, ketenangan, sayu,rindu,ta’jub semuanya bercampur dan beralun lembut di hati. Tapi bila terlalai dengan dunia saya,tiada lagi rasa-rasa indah itu. Ya, saya ketawa dengan jenaka teman-teman, kadang sedih,marah, sedikit cemburu atau beberapa emosi lain yang sering berlegar dalam dunia manusia. Tapi untuk apa semua itu? Jika saya dapat rasa perasaan yang lebih indah hasil dari kecintaan sepenuhnya pada Rabb mengapa saya perlu memilih yang lain kan?

Mulai hari ini secara rasmi bermulalah kembali misi saya. Buat adam yang dimaksudkan,saya percaya kamu akan mengerti mengapa saya menjauhkan diri. Perhubungan lelaki dan perempuan ajnabi dengan tiada tujuan yang jelas adalah tidak dibenarkan walaupun dalam istilah persahabatan. Buat anda yang sedang membaca,saya mengajak anda bersama-sama saya menyertai misi kembara ini. Saya tahu ianya bukanlah mudah seperti yang disangka. Pengorbanan hati dan perasaan,nafsu dan keinginan. Kegembiraan,keceriaan dan kebahagiaan sementara yang di rasai tika ini, demi satu janji pada diri, mencari redha Illahi.Saya harapkan doa anda semua mengiringi saya. Semoga saya dan anda semua di beri kekuatan jiwa. Ameen.

“Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

p/s: ketika entry ini di publish, misi saya telah pun bermula seminggu yang lalu..





Ramadhan~fasa 2~

1 09 2009

Pejam celik pejam celik..hari ni sudah 11 hari kita menjalani ibadah puasa..ramadhan telah memasuki fasa kedua..RAMADHAN.. diawalnya rahmat..pertengahannya keampunan dan diakhirnya pembebasan dari api neraka..tapi mampukah kita memperolehinya tanpa sebarang usaha..? benar.. kita telah berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah lain pada siang hari..tapi tidak mahukah kita melakukan sesuatu yang lebih istimewa khas buat Sang Pencipta..?? bangun malam contohnya..tidak ramai yang mampu melakukannya..tapi berbahagialah anda yang berjaya melakukanya. andaikan kita ingin membeli satu barang di sebuah pasaraya..kita lihat banyak sekali kedai yang menjual barangan yang sama dan dengan harga yang sama.tetapi ada sebuah kedai yang menawarkan pembelian “buy 1 get 1 free’’ bagi menarik perhatian pelanggan.jadi kedai mana yang menjadi pilihan kita? Tepuk dada tanyalah selera..:) ini hanyalah satu contoh senario kehidupan semasa.[tidak ada kaitan dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia].Cuma mesejnya di sini hanyalah supaya kita berfikir sesuatu yang istimewa dan lain dari yang lain akan menjadi pilihan. kita mengharapkan sesuatu yang lebih dari DIA..tapi apa pula yang kita beri sebagai balasannya? mungkin kita hanya pandai bicara..merungkaikan kata-kata..tapi pelaksanaanya pula bagaimana ? Saya tidak berkata tentang sesiapa..melainkan diri saya sendiri..keinginan untuk bangun malam memang ada..tapi begitulah..mata tu seperti digam2..(^_^) perlu kuat untuk peroleh berkat..dan berkat hanya singgah buat hamba yang taat..hamba yang taat tak pernah lalai dari solat..solat yang di jaga sepanjang hayat..semoga Allah permudahkan.. jangan biarkan ramadhan kita berlalu dengan sia-sia tanpa sebarang manfaat yang kita ambil darinya marilah kita sama-sama berazam hidupkan ramadhan ini selagi punya kesempatan..boleh jadi ini ramadhan terakhir kita.. Ayuh rebutlah maghfirahNYA..sujud memohon MaghfirahNYA





bayu…

20 11 2008

pagi ini sy kembali mencoret di sini..kembali menzahirkan lantunan2 melodi di hati saya..sy kira pagi yang ceria barangkali…sang bayu yang berpuput lembut,kicauan beburung yang mendamaikan hati..semuanya punyai irama yang tersendiri…menjadikan gabungan muzik alam yang terindah…Subhanallah..saya amat suka dengan muzik2 seperti ini..pohon2 zaitun dan tiin yang meliuk mesra..semuanya seakan bertasbih memuji Illahi..pagi yang amat tenang..tidak kedengaran suara2 manusia..sedang di ulit lena..menganyam mimpi2 indah barangkali.. satu fenomena yang agak sedikit berbeza ketika di malaysia..terutamanya di kampung2…subuh2 lagi sudah kedengaran enjin motosikal tua memberikan khidmat pada tuannya… masing2 menuju arah yang berbeza…bergantung pada profesionnya…punca saraan keluarga..yang mana ke kebun getah lengkap dengan uniform dan pisau menorehnya,yang ke laut lengkap dengan jalanya,yang ke ladang sawit dan sawah lewat sedikit jadual masuk kerjanya..ingin menunggu sehingga langit cerah di pandangan mata,teringat pula saya ketika kecil-kecil dulu,pantang cuti sekolah abah mesti ajak saya dgn abang membantu di ladang..kalau ikutkan hati saya memang berat untuk pergi..bukan tidak mahu membantu,tapi saya takut terjumpa dengan seekor binatang tu..huhuhu:p PACAT!!!..Naik meremang pula bulu roma bila teringat binatang tu..dulu,kalau binatang tu sempat naik di kaki saya,aduhh..menjerit sakan la saya..takut..geli smua ada..”aloongggggggg..tolong buang..cepat la..”..kadang2 along sengaja je suruh saya buang sendiri..pernah juga saya cuba buang sendiri..tarik dia guna daun2 kayu..bukannya dia nak lepas tapi jadi panjang pula,masa tu saya menjerit macam tak ingat dunia..menangis sekali kot..huhuhu:p..alamak!! sy dah lambat ni..ada kelas pukul 8 arini..





new world…

16 11 2008

erm.. ntah ape hendak saya coretkan di sini…biasalah nk memulakan sesuatu memang agak susah..dulu sy pernah juga mencuba-cuba menghasilkan blog seperti ini…tp nmpknya tak bergerak pon..akhirnya terkubur begitu saja..harapnya blog kali ni tak sama nasibnya dengan yang sebelum ni..hehe