Kembali

15 09 2012

Bismillahirrahmanirrahim…
Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Mulia Muhammad SAW, kaum kerabat ,para sahabat Baginda yang mulia keseluruhannya..

Kunjungan pertama setelah 2 tahun Melodi Hati sunyi tanpa sebarang entry. Entah kenapa berat untuk saya mencoret di sini. Barangkali terlalu banyak yang ingin saya coretkan,namun tidak tahu mana yang perlu didahulukan,akhirnya tiada satu pun yang melekat di sini…. dunia saya sepanjang 2 tahun ini dirasakan terlalu pantas..dari bekerja di bank,saya kini seorang guru! Anehkan dunia.. tiada siapa yang tahu siapa, apa, bagaimana dan di mana dia pada masa akan datang.. semuanya rahsia DIA YANG MAHA TAHU. YANG MENGATURKAN SEGALA SESUATU.. DIA YANG SATU.. SubhanAllah..terlalu besar hikmah disebalik setiap kejadian..

2 tahun yang berlalu mencatat berbagai peristiwa. Alhamdulillah di atas segala kurnian tuhan. Keadaan ekonomi keluarga yang semakin bertambah baik, pertambahan ahli keluarga baru dengan perkahwinan abang sulung saya, jalinan silaturrahim dengan ramai rakan,kenalan baru yang seperjuangan ketika di maktab Afzan, menghadiri walimah rakan-rakan seperjuangan ketika di Jordan dahulu, menimang anak ‘angkat’ dari rakan-rakan yang lebih awal mendahului dalam memenuhi tuntutan Sunnah mendirikan masjid. Tidak lupa juga kerenah anak-anak murid yang mencetuskan pelbagai warna warni dalam hidup saya kini.. Ramai juga yang bertanya, bila pula giliran saya untuk menamatkan zaman anak dara ni? Bukannya saya tidak mahu,bahkan ianya sentiasa bermain di fikiran. Sedikit cemburu dengan rakan-rakan yang lebih awal mengikut Sunnah rasul ini.. namun segera saya pujuk hati bahawa Allah tidak pernah menzalimi. DIA Maha Tahu yang mana terbaik untuk kita. DIA memberi apa yang kita perlukan,bukan apa yang kita mahukan. Kerana boleh jadi apa yang kita mahukan tidak semestinya baik untuk kita..

Kehilangan idea untuk menulis seketika..barangkali kerana terlalu lama menyepikan diri..hehe..oklah..apa kata kali ni kita hayati lagu Istikharah Cinta by Sigma ni..saya suka dengan lagu ni..mendalam maksudnya dan amat berkait rapat dengan kita yang sedang berusaha memohon petunjukNYA..

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do’a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

**entry lama yang baru di post*

Advertisements




Salam Aidilfitri..

26 09 2009

Assalamualaikum warohmatullah wabarokatuh…harini 5 syawal…tp rasanya masih belum terlambat untuk saya mngucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua..maaf zahir batin..hampir 2 minggu saya tak online..dan selama itu jugalah saya tidak bertandang ke sini..menjenguk melodi hati…melodi hati sunyi tanpa iramanya..huhu kasihan kamu..seminggu sebelum aidilfitri,saya agak sibuk dengan beberapa urusan..pulang menjenguk tok sebelah abah..almaklumlah tahun ni saya beraya di Penang..kampung sebelah mak..jadi saya mengambil keputusan untuk berpuasa beberapa hari di rumah tok di Kampung Pulau Rumput,Pekan.kira adil lah jugak tu kan..

Pulang dari kampung abah,saya sibuk pula dengan kuih raya..pada mulanya mak kata nak sediakan ‘kuih tunjuk’ je,tapi saya tak bersetuju..yelah,nak buat apa beli,saya kan ada kat rumah,ada masa kalau nak buat kuih..lagipun tak puas makan kuih beli,sikit je…kalau nak banyak,besar pulak ongkosnya..huhu mintak maaf ye para penjual kuih sekalian..
Saya pun tak ada lah buat banyak jenis sangat..adalah 5 jenis..tapi satu2 jenis tu banyak la bilangannya..

em pagi 18 sept bertolak balik Penang,sampai sana sedang2 molek azan maghrib,bukak puasa dengan air je atas feri.3 tahun tak jejakkan kaki kat kampung tok wan tu..[sebenarnya x macam kampung pun]..lebih kepada pekan..rumah saya la yang sepatutnya digelarkan sebagai ‘kampung’..huhu jalan masuk pun penuh dengan kehijauan pokok kelapa sawit jer..
hem..tok & tokwan nampak uzur sangat..3 tahun lepas,saya masih boleh melihat tok duduk sendiri,tapi kini tok hanya baring sahaja..makan,mandi dan sebagainya anak2 yang uruskan..

Raya tahun ni meriah sangat..semua adik beradik mak ada bersama..termasuklah anak-anak serta cucu-cucu mereka..family ijaumalam raya kedua,ada bbq n main bunga api besar tu,mercun smua ada la..yang mainnya smua sepupu-sepupu laki yang dah kahwin..aise..[nak kembali ke zaman kanak-kanak ke]..huhu amik msa x ready btul2 ni..

Raya kedua wat tahlil,arwah moyang n sedara mara dekat yang sudah kembali ke sisiNYA..raya ketiga lak diisi dengan aktiviti jalan2 makan angin..sekitar teluk bahang jela..[aik raya2 pi jalan2 makan angin ka].. yela malam tu nak bertolak balik pahang dah..waa satnya la..:( pantai teluk bahang Tmn Negara Penang

p/s:-entry ni ditulis 2 hari lepas..lambat post je…gambar2 akan menyusul kemudian ye..hehe daa..:h





Bakat anugerah Tuhan..

26 08 2009


Tetiba rsa terpanggil untuk menulis tentang ini…mungkin juga terdorong selepas mmbaca artikel seorang rakan..saya kira dia punya bakat besar dalam dunia penulisan.. bakat anugerah Tuhan..setiap orang dikurniakan bakat masing2.. anugerah dari DIA untuk hambaNYA..Cuma adakah disedari oleh hmbanNYA atau tidak.. atau bagaimana untuk menggunakan anugerah yang satu itu untuk berdakwah di jalanNYA.ada manusia di kurniakan bakat menulis.. hingga hasil tulisaanya mampu mmbuat orang menangis..tertawa..marah..dan sebagainya….tetapi jika di luar dari dunia penulisan,bercakap spontan misalannya,dia tidak mampu..lalu apa salahnya.. berdakwahlah dengan cara tersebut..jangan menyempitkan konteks dakwah tersebut..seperti dlm hadis nabi S.A.W yang bermaksud:

‘’smpaikanlah oleh kamu daripadaku walau satu ayat’’

ada juga dikurniakan bakat dr segi seni suara..mngapa tidak disalurkan ke jalan yang betul..berdakwah dengan cara bernasyid contohnya..manusia ade berbagai ragamnya..tidak smua terbuka hati untuk mndengar ceramah berjela-jela sehingga sejam atau lebih..tapi kalau mndengar lagu..boleh pula sehingga berjam-jam..lalu mngapa manusia yang punya bakat dari segi suara tidak mnggunakan jalan ini untuk berdakwah melalui nyanyiannya..tapi jika dilihat situasi kini..masalah lain pula timbul..nasyid tidak lg menjadi seperti nasyid..kebanyakannya diselitkn dengan unsur cinta manusia..lalu di mna silapnya..jadilah seperti rabiatul adawiyah..mampu membuat orang menangis mendengar nyanyian cinta pada Rabbnya..

jadi fikir fikirkan..renung renungkan..
pedoman buat mereka yang memerlukan..
jangan siakan bakat anugerah Tuhan..
jadilah pohon tempat bertahan,
tmpt perlindungan dari kepanasan,
atau kapal yg bisa mnyelamatkan
dari bahana kelemasan..





Semester akhir vs Final Exam..:)

23 05 2009

Hari ni tetiba terasa mahu mencoret sesuatu di melodi hati….sebenarnya udah lama mahu mencoret..tapi sekadar rasa..tidak merealisasikannya..kasihan kamu..bukan setakat berhabuk…malah sudah bersawang pun ..huhu..hem ntah la..banyak sungguh cerita yang mahu dicoret disini..yela..tahun 2009 sudah hampir separuh meninggalkn kita..pastinya banyak cerita..episod suka duka yang berlaku…x apa la..yang dah berlalu..biarkan berlalu..Cuma mungkin ceritanya bisa direfresh kembali..insyaAllah..jika diberi izinNYA..

Sebenarnya sekarang masih di dalam fatrah exam..final exam..wah sungguh tidak sangka…dah tahun akhir rupanya..kejapnya masa berlalu..banyak sungguh perkara yang di tinggalkan dengan sia-sia..nak buat macam mana manusia memang selalu lalai..Allah bagi otak dan akal pada semua manusia..Betapa Maha Adilnya DIA..Subhanallah..tapi bezanya bagaimana manusia mahu menggunakan nikmat kurniaan Allah tu..
“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut sebut(dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNYA” (Adh-Dhuha:11)

Dalam kegembiraan mahu pulang ke Malaysia..terselit rasa duka..sedih mahu tinggalkan Jordan..Bumi Anbiya’..Bumi Auliya’..Bumi Zaitun dan Tiin..dan pastinya sudah tidak boleh lagi bertafakkur di tingkap ini..memerhati pohon2 tin dan zaitun setiap pagi…berbicaranya dengannya..mencium baunya..

Meninggalkan doktor2 yang mengajar saya di sini..Doktor Muhammad Bani Isa..ah Doktor tu..Doktor yang paling rapat dengan kami pelajar ikip..setiap semester berpeluang menuntut ilmu dari beliau..Doktor qisim ekonomi islam..Cuma semester akhir ni saja..tidak ada seorang dari kami yang menuntut dengannya…yela..subjek ekonomi sudah habis..hanya tinggal qisim ikhtiari dan jamiah ijbari…semoga Allah membalas jasa Doktor2 semua..barakallahufikum..

Eh dah pukul 7 lebih..buku tarbiyah watoniah terdiam kaku di hujung katil..seolah bersedih..minta di baca barangkali..huhu..ok la..perlu adil membahagikan waktu..lain kali saya bertandang ke sini lagi..insyaAllah  wassalam..